Followers

Tuesday 28 March 2017

SETIAP MANUSIA PERLUKAN BIMBINGAN

Semua peninju profesional memiliki jurulatih.
Bahkan, petinju legenda sehebat Muhammad Ali sekali pun juga memiliki jurulatih.
Yaitu Angelo Dundee yang membantu ALI menjadi Juara dunia sebanyak 3 kali.

Padahal jika mereka berdua beradu bertanding, sangat jelas Angelo Dundee tidak mungkin akan menang.

Mungkin kita tertanya tanya, mengapa org sehebat Muhammad Ali masih memerlukan JURULATIH kalau sudah JELAS dia pasti MENANG melawan jurulatihnya?

KETAHUILAH...
Bahawa Muhammad Ali  perlukan jurulatih bukan kerana jurulatihnya lebih hebat tapi kerana dia memerlukan seseorang untuk melihat hal-hal yang "TIDAK DAPAT DIA LIHAT SENDIRI"

Hal yang tidak dapat kita lihat dengan mata sendiri itu yang disebut : "BLIND SPOT" atau "TITIK BUTA".

Kita hanya boleh melihat "BLIND SPOT" dari bantuan orang lain.

Dalam hidup, lebih-lebih lagi dalam perjalanan kerohanian kita menuju Allah, kita perlukan seseorang untuk mengawasi kehidupan dan pengembaraan hati kita, sekaligus untuk mengingatkan kita seandainya keutamaan hidup kita mulai keluar dari landasan.

Kita perlukan orang lain yang :
×. MENASIHATI
×. MENGINGATKAN
×. MENEGUR

Jika kita mulai melakukan sesuatu kesilapan yang mungkin tidak kita sedari.

Kita perlukan KERENDAHAN HATI untuk :
×. Menerima KRITIKAN
×. Menerima NASIHAT
×. Menerima TEGURAN
x. Menerima BIMBINGAN

Itulah yang  MENYELAMATKAN kita terpesong dari landasan matlamat..

Kita bukan manusia SEMPURNA. Jadi, biarkan orang lain menjadi "MATA" kita di area 'BLIND SPOT' kita, sehingga kita boleh MELIHAT apa yang tidak boleh kita LIHAT dengan 'PANDANGAN' kita SENDIRI.

Mari kita saling nasihat- menasihati dalam KEBAIKAN dan KESABARAN.

No comments: