Followers

Sunday 26 March 2017

Kesilapan Simpulan Bahasa Yang Ramai Tidak Sedari*

Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.

1. *HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI*
Pembetulan : _HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI_

Keterangan :
Tiada Pagar Makan Padi tetapi Pegar yang makan Padi, kesalahan yang didapati dari perkataan rumi diambil daripada jawi. Kesalahan kita sendiri. Tidak lojik jika pagar yang memakan padi?

Dari dulu tidak ada pesawah pagarkan bendang mereka baik di Malaysia, Indonesia, China, India, Turkey, Jepun mahu pun Indo China, Thailand atau Myanmar.

Pegar adalah sejenis burung yang digunakan untuk menghalau burung lain.
 
2. *MELEPASKAN BATUK DI TANGGA*

Pembetulan : _MELEPASKAN BATOK DI TANGGA_

Keterangan :
Adalah tidak lojik jika Batuk iaitu ‘cough’ dilepaskan di tangga. Apa signifikasinya dengan maksud simpulan bahasa itu sendiri? Jadi sebenarnya adalah Batok.

Batok sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu
dekat tempayan. Orang dahulu jarang yang berkasut. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk membasuh kaki.

“Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tidak tinggalkan macam tu sahaja dekat tangga selepas digunakan. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

3. *MATA KERANJANG*

Pembetulan : _MATA KE RANJANG_

Keterangan :
Menurut buku “Bahasa menunjukkan bangsa ” hasil karya Alif Danya Musyi, seorang penulis daripada Indonesia menyatakan bukan Mata Keranjang tetapi "MATA KE RANJANG" pisahkan "ke" dengan "ranjang" yang membawa maksud seseorang lelaki yang melihat perempuan sehingga mahu ke ranjang atau seks.

4. *MERAH PADAM*

Pembetulan : _MERAH PADMA_

Keterangan :
Sebenarnya bukan merah padam tetapi MERAH PADMA iaitu sejenis bunga teratai yang berwarna merah kemerahan (nama lain kepada “Teratai Merah”).

Kiranya kalau kita malu muka kita jadi merah seperti merah bunga Padma jika kita malu kepada si Jejaka/Gadis.

5. *MENJOLOK MATA*

Pembetulan : _MENCOLOK MATA_

Keterangan :
Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati atau memberi malu. (Kamus Dewan)

Menjolok mata pula bermakna menusuk sesuatu dengan galah dan lain-lain, menusuk ke dalam lubang dan lain-lain. (Kamus Dewan)

6. *SALING TAK TUMPAH*

Pembetulan : _SALIN TAK TUMPAH_

Keterangan :
SALIN TAK TUMPAH bermaksud dua orang yang serupa benar. (Kamus dewan edisi ke4)

Jadi bersesuaianlah perkataan SALIN berbanding perkataan SALING maksud kata yang menunjukkan perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan.

No comments: