Followers

Monday, 27 March 2017

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH

*LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH*

*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
_"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."_
(Surah Hud : 6).

*2. Rezeki Kerana Usaha.*

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
_"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."_
(Surah An-Najm : 39).

*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
_"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu._"
(Surah Ibrahim : 7).

*4. Rezeki Tak Disangka.*

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
_"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."_
(Surah At-Thalaq : 2-3).

*5. Rezeki Kerana Istighfar.*

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
_"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”_
(Surah Nuh : 10-11).

*6. Rezeki Kerana Menikah.*

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
_"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."_
(Surah An-Nur : 32).

*7. Rezeki Kerana Anak.*

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
_"Dan janganlah kamu membunuh anak²mu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”_
(Surah Al-Israa' : 31).

*8. Rezeki Kerana Sedekah.*

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
_"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."_
(Surah Al-Baqarah : 245).

*Semoga Allah swt sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah.* _Amiin.._

No comments: