Followers

Monday 31 July 2017

*Cerita ini sangat menarik, tolong luangkan masa untuk membacanya.*

*Cerita ini sangat menarik, tolong luangkan masa untuk membacanya.*

★Suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Ali ( R.A. ) :

Wahai Ali, lakukanlah 5 perkara ini sebelum kamu tidur...

◆ 1. Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah..

◆2. Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah..

◆3. Belilah Syurga, lalu tidurlah.

◆4. Perbaikkilah hubungan dua orang  yang tengah berselisih, kemudian kamu tidurlah.

◆5. Tunaikanlah satu kali Haji, lalu tidurlah.

★Ali ( R.A.) pun menjawab, "Ya Rasulallah. Mana mungkin aku boleh melakukan semuanya itu ?

Lalu Nabi ( SAW ) pun menjawab :

*◆4 kali membaca Al Fatihah adalah sama nilai dengan sedekah 4,000 Dinar.*

*◆3 kali membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al-Qur'an.*

*◆3 kali membaca Shalawat adalah sama nilai dgn harga Syurga.*

*◆10 kali bacaan "Istighfar" adalah sama nilainya dengan menyambung silaturrahim dua orang yg berselisih.*

*◆4 kali membaca  "Subhanallah,Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar" adalah sama dengan menunaikan satu kali Haji.*

★Lalu Ali (R.A.) pun berkata, "Ya Rasulallah SAW! Kini aku akan menjalankan semua nasihatmu itu sebelum aku masuk tidur...

★Hanya perlu masa kurang 5 minit untuk melaksanakannya,
namun lihatlah semua kebaikan amalan yg Anda akan perolehi...

★Untuk mengingatkan Anda akan amalan ini, cara termudah adalah dengan menuliskan kesemua zikir tsbt dlm sehelai kertas untuk dibaca sebelum tidur & sesuai jg utk ditampalkan dekat tempat tidur supaya Anda tak lupa untuk membacanya 😊....
Dan tentu saja, dengan niat kerana Allah SWT....

🌻Indahnya jika Anda blh hebahkan tulisan ini kpd seramai Muslim yang Anda kenal kerana jika atas usaha Anda seseorang itu dpt menjalankan amalan2 ini, maka Anda pun akan menerima pahala dan kebaikannya .. InsyaALLAH.
     Aamiin...YaRobbal 'Aalamiin...

🌻Surah Al- Fatihah utk melindungi Anda dari kemurkaan Allah

🌻 Surah Yaasin utk melindungi Anda dari kehausan pada hari pengadilan.

🌻Surah Waaqi'ah utk melindungi Anda dari kefakiran dan kelaparan.

🌻Surah Al-Mulk utk melindungi Anda dari azab kubur.

🌻Surat Al-Kautsar utk melindungi Anda dari kejahatan musuh.

🌻Surat Al-Kaafiruun utk melindungi Anda dari kekafiran pd saat ajal menjemput Anda.

🌻Surat Al-Ikhlaas utk melindungi Anda dari kemunafikan.

🌻Surat Al-Falaq utk melindungi Anda dari merbahaya.

🌻Surat An-Naas utk melindungi Anda dari fikiran jahat.

🌻Semoga memperolehi keberkatan dari Allah SWT..

"Aamiin Yaa  Robbal Aalamiin "

Ikhlas dari Musyrif Ustaz Kie.

Friday 28 July 2017

✍ *UJIAN KIFARAH DOSA ?*

Apabila kita diuji,

Hati berbisik. Orang sekeliling menasihati.

_"Allah uji sebab nak hapus dosa"_

Ya betul... Tapi,

_Kita makin sedih._
_Makin kecewa._
_Makin meratapi dosa._

ALLAH jua diajukan soalan.

_Kenapa dan Mengapa._

Wahai sahabat,
Berhenti sejenak... dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu.

_Allah dah janji,_

INNA MA'AL USRI YUSRO..
_(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)_

✏ Nabi Muhammad Saw juga diuji. Bahkan lebih hebat daripada kita... lalu adakah kerana DOSA ??
_(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)_

✏ Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua... adakah kerana DOSA ??

✏ Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga... adakah kerana DOSA ??

✏ Bilal bin Rabah juga terseksa di duniya. Dihenyakkan batu besar diatas dada... adakah kerana DOSA ??

_Bukan.. bukan..bukan.._ _Bukan kerana DOSA semata2..._

Allah uji untuk,
Menaikkan darjat.
ALLAH uji sebab DIA kasihkan kita.

Kerana ALLAH rindu airmata kita...

_Indah kan 😍_

Bila kita menangis, Malaikat tadah air mata dan simpan di Akhirah. Airmata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka.

Sahabat yang dikasihi,

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji.
Jangan menghukum diri apabila diduga.
Sebaiknya ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. selepas salam.. istighfar dan selawat..

Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang... bisik dalam hati sedalam dalamnya.

_"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."_

Allah itu ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah .

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah.
ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

_Bersabarlah setiap kali diuji._
_Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati._

_Kita hamba yang sering lupa diri._
_Kita suka menunding jari._

#Warkah indah🌷buat santapan rohaniku jua kupanjangkan utk sahabat2ku & saudara-maraku  tersayang.......👳👳‍♀

Thursday 27 July 2017

Kisah Wali Ibrahim Adham


Ibrahim Adham adalah seorang raja Bukhara yang akhirnya meninggalkan istana setelah berlaku beberapa insiden. Beliau menuju ke Baghdad dan membina sebuah bangsal dan menyara hidup dengan menjual kayu api. Beliau telah mempelajari Tarekat Chistiyah daripada Fudail bin Iyad yang  mempelajarinya daripada Hasan Basri (Rahmatullahi alaih) yang berasal daripada Sayyidina Ali dan daripada Rasulullah (Sallallahu Alayhi Wa Sallam)

Insiden 1

Pada suatu hari dia keluar memburu, setelah lama dia berada di atas kudanya maka dia pun berhenti dan mengeluarkan bekal makanannya untuk dimakan. Sedang dia makan tiba-tiba datang seekor burung gagak menyambar rotinya dan terus terbang.

Melihat keadaan itu maka Ibrahim bin Adham pun naik ke atas kudanya lalu mengejar burung gagak tersebut. Akhirnya burung gagak itu hilang dekat gunung, maka Ibrahim bin Adham pun mendaki gunung tersebut dan didapatinya burung gagak itu berada dekat seorang yang mana kedua kaki dan tangannya di ikat.

Apabila Ibrahim bin Adham melihat orang itu maka dia pun membuka ikatan orang itu dan bertanya : “Bagaimana kamu boleh berkeadaan begini ?”

Maka berkata orang itu : “ Sebenarnya aku adalah seorang pedagang, aku telah di rompak oleh perompak dan mereka mengikat aku dan membiarkan aku bergini, aku berkeadaan begini sudah tujuh hari , dengan pertolongan Allah S.W.T maka burung gagak inilah yang selalu membawa makanan kepadaku , dia bertenggek di atas dadaku dan memotong-motong roti dengan paruhnya dan memasukkan ke dalam mulutku.”

Sesungguhnya Allah S.W.T tidak membiarkan aku lapar. Setelah itu Ibrahim bin Adham pun bertaubat kepada Allah S.W.T,

Insiden 2

Ibrahim Adham adalah seorang raja. Beliau musykil dalam hati dengan seribu persoalan. Mengapa hati beliau tidak tenteram. Tinggal di istana kemewahan. Dan dipenuhi makanan yang lazat. Namun jiwanya penuh kegelisahan. Pelayan wanita Istana, sedang menyediakan tempat tidur Raja. Seperti biasa tempat tidurnya diatas tilam empuk yang dihiasi aneka sulaman. Setelah siap mengemas, timbul keinginan dihati wanita itu untuk merasai nikmat tidur diatas tilam empuk itu.

“Bagaimana rasanya tidur diatas tilam empuk ini. Tentu seronok”, fikirnya dalam hati. Sambil duduk ditepi, dia pun cuba letakkan kepalanya ditepi tempat peraduan Raja. Baru letakkan kepala, dia pun terus tertidur lena. Raja pulang dari perjalanan. Masuk ke tempat peraduan ingin beristirehat. Sebaik saja masuk bilik, alangkah marahnya melihat pelayan sedang tidur diatas tempat peraduannya.

Hatinya menggelegak….berani pelayan ini tidur di kamarku? Raja terus mencapai cemeti lalu dipukulnya wanita malang itu dengan sekuat hatinya dengan penuh kemarahan. Pelayan wanita itu terjaga, menjerit kesakitan. Dia sedar kesilapannya lalu memohon ampun.

“Ampuan tuanku, patik cuma ingin meletak kepala patik saja…tetapi terus tertidur. Ampunkanlah patik tuanku” Permohonan pelayan wanita itu tidak dilayan. Kemarahan Raja tak dapat dikawal lagi. Pukulan demi pukulan cemeti terus singgah dibadan wanita itu, mengoyak kulitnya yang lembut. Wanita malang itu terus menangis, meraung dan menjerit kesakitan. Darah mula memancut keluar daripada tubuh halusnya. Kesakitan tak tertahan lagi. Dia terus merayu agar di ampunkan tetapi Raja tiada belas kasihan malah disambung pukulannya.

Tiba-tiba satu diluar dugaan berlaku! Pelayan wanita yang menangis dan menjerit kesakitan itu tiba-tiba ketawa! Sehingga ketawanya memenuhi ruang istana! Ketawanya memenuhi ruang hati Raja! Sehingga tangan Raja terhenti dari memukulnya. Allahu Akbar! Suasana jeritan wanita itu bertukar rupa! Raja kehairanan! Mengapa tiba-tiba pelayan wanita itu ketawa….!

Raja : Apa yang menyebabkan kamu ketawa?

Pelayan wanita: (Tubuhnya berlumuhan darah…..sambil menahan kesakitan dia bersuara perlahan) Tuanku! Sewaktu Tuanku memukul tadi, terasa amat sakit…..tak dapat patik tahan. Tetapi tiba-tiba patik teringatkan hukuman Allah Ta’ala diakhirat nanti.

Raja : Apa yang kamu ingat? Kamu mengaku salah?

Pelayan wanita: Ya! Tuanku! Patik menerima hukuman tadi kerana terlelap sebentar diatas tilam empuk ini. Jadi patik terfikir kalaulah begini hukumannya kerana terlelap sebentar diatas tilam ini, bagaimana pula hukuman yang akan diterima oleh orang yang tidur diatas tilam ini tiap-tiap hari selama hidupnya!

Raja tergamam, mulut terkunci, tangan dan kaki menjadi kaku…tubuhnya berpeluh ketakutan…! “Benar kata wanita itu. Aku telah sekian lama menderhaka kepada Allah Ta’ala. Aku telah lalai dalam kemewahan dan keseronokan dunia. Aku telah lupa kepada Allah Ta’ala”. Tanpa sepatah kata beliau melangkah keluar dari istana beliau, membawa diri sehelai sepinggang. Kerajaan, harta kekayaan, kemewahan istana semuanya ditinggalkan.!

Thursday 20 July 2017

*_MENURUT DR HAMKA:_*

*" Jika ingin melihat orang Islam...*
_Datanglah ke masjid pada eidilfitri dan eidiladha._

*TAPI*

*Jika ingin melihat orang yang beriman...*
_Datanglah ke masjid waktu suboh._

_*Itulah nisbah antara orang Islam dengan orang beriman. "*_

_*SUBUH YANG MENTERJEMAHKAN DIRI*_

*Jika subuhnya sentiasa dipelihara.*
_*Tanda akan selamat dari neraka.*_

*Jika subuhnya tiada dia tinggal.*
_*Allah melindunginya dari aral.*_

*Jika subuhnya didahului sunat.*
_*Berganda isi dunia dia mendapat.*_

*Jika subuhnya bergelapan ke musolla.*
_*Di kegelapan akhirat mendapat cahaya.*_

*Jika subuh ke cerah berwirid lagi.*
_*Mendapat pahala umrah dan haji.*_

*NAMUN...*

*Jika subuhnya tiada dijaga.*
_*Pada wajahnya tiada cahaya.*_

*Jika subuhnya sengaja terlupa.*
_*Tanda imannya tiada bernyawa.*_

*Jika subuhnya terasa berat.*
_*Tanda munafik sudah mendekat.*_

*Jika subuh tiada dipeduli.*
_*Tanda iman menghampiri mati.*_

*Jika subuhnya tiada berjama’ah.*
_*Tanda hidupnya akan hilang barakah.*_

*Jika subuhnya tiada ke masjid.*
_*Tanda imannya ada penyakit.*_

*Jika subuhnya selalu terlewat.*
_*Tanda imannya semakin cacat.*_

*Jika subuhnya diakhir waktu.*
_*Tanda iman semakin kelabu.*_

*Jika subuhnya hari dah siang.*
_*Tanda rezekinya sudah hilang.*_

*Jika di subuh masih berdengkur.*
_*Tanda syaitan memeluknya tidur.*_

*Jika subuh berjama’ah diringan-ringan.*
_*Dapatkah dia memimpin perjuangan?*_

*Fikir-fikrkanlah. Moga beroleh manfaat.*

# _*Ingatan Diri Sendiri*_
# _*Ingatan Family*_
# _*Ingatan Sahabat*_
# _*Ingatan Masyarakat*_

*والله اعلم*

Tuesday 18 July 2017

3 WAKTU DILARANG MANDI

:

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.

Penjelasan :

A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.

B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.

Dikatakan :- ۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. ۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. ۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. ۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. ۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, Dikatakan juga:- ۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... ۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. ۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. ۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. ۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. ۞ Syaitan kata, "JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG" Sebarkan biar umat islam mngetahui