Status Hadith : Membaca Al Fatihah Selepas Solat
Oleh: Mohd Hairi Nonchi @ Cikgu Arie Tarikh: 1-Jun-2011
SOALAN: Di kebanyakan masjid apabila telah selesai solat fardhu, imam lazimnya membaca surah al-Fatihah dalam wirid mereka. Persoalannya, adakah amalan ini disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya? Apakah ada di kalangan imam muktabar Ahlus Sunnah yang menganjurkan amalan demikian?
JAWAPAN Mohd Hairi Nonchi @ Cikgu Arie: "Imam Ibnu al-Jauzi rahimahullah (597H) menyifatkan bahawa menetapkan bacaan surah atau ayat-ayat tertentu selain ayat al-Kursi, Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas pada selepas mengerjakan solat fardhu itu hanyalah merupakan rekaan (bid'ah) atau bersumberkan hadis-hadis yang dha’if (lemah) atau maudhu’ (palsu). Ini termasuklah bacaan surah al-Fatihah selepas solat-solat fardhu. Benar bahawa terdapat beberapa buah hadis yang menganjurkan bacaan surah al-Fatihah setiap kali selesainya mengerjakan ibadat solat-solat fardhu. Akan tetapi tiada satu jua yang sahih mengenainya sehingga yang demikian ianya tidak dapat dijadikan sebagai sandaran dalam mengamalkannya. Berikut dibawah ini akan dipaparkan dua buah hadis palsu berhubung dengan anjuran mengkhususkan bacaan surah al-Fatihah setiap kali selepas mengerjakan solat-solat fardhu.
Hadis # 1: لما نزلت الحمد لله رب العالمين، وآية الكرسي، وشهدالله، وقل: اللهم مالك الملك إلى بغيرحساب. تعلقن بالعرش وقلن: أنزلتنا على قوم يعملون بمعاصيك؟ فقال: وعزتي وجلالي وارتفاع مكاني لا يتلوكن عبد دبركل صلاة مكتوبة إلا غفرت له ماكان فيه وأسكنته جنة الفردوس، ونظرت إليه كل يوم سبعين مرة، وقضيت له سبعين حاجة، أدناها المغفرة.
Menerusi kitabnya yang berjudul Silsilah al-Ahadith adh-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah, Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (1429H) telah menjelaskan bahawa hadis ini adalah hadis yang palsu (maudhu’). Beliau berkata: Hadis (ini adalah hadis yang) maudhu’. Diriwayatkan oleh ad-Dailami dalam kitab Musnad al-Firdaus dengan sanad dari Muhamad bin Abdur Rahman bin Bahir bin Raisan dari Amr bin ar-Rabi’ bin Thariq dari Yahya bin Ayyub dari Ishaq bin Usaid dari Ya’qub bin Ibrahim dari Muhammad bin Tsabit bin Syarahbil dari Abdullah bin Yazid al-Khathmi dari Abu Ayyub radhiallahu’anh. Riwayat ini telah disebutkan oleh al-Suyuthi dalam kitabnya al-Aali 1/229-230 dengan menyatakannya sebagai saksi penguat hadis sebelumnya. Selain itu dia tidak berkomentar. Sungguh (ini) merupakan kealpaan. Sebab Ibnu Raisan telah disebutkan oleh adz-Dzahabi seperti berikut: Ibnu Raisan telah dituduh oleh Ibnu Adi. Sedangkan Ibnu Yunus menyatakannya sebagai perawi yang tidak kuat dan tidak dapat dipercayai. Bahkan Abu Bakar al-Khatib dengan tegas menyatakannya sebagai pendusta. Wallahu a’lam. - Lihat Silsilah al-Ahadith adh-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah wa Atsaruha as-Sayyi’ fi al-Ummah karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani; jld. 2, ms. 175-177, no. 699.
Hadis # 2: ان فاتحة الكتاب وآية الكرسي والآيتين من آل عمران: شهد الله أنه، لاأله إلا هو والملائكة وأولوا لعم قائما بالقسط لا إله إلاهو العزيز الحكيم. إن الدين عند الله الإسلام و قل اللهم مالك الملك تؤتي الملك من تشاء وتنزع الملك ممن تشاء و تعز من تشاء، وتذل من تشاء. إلى قوله: وترزق من تشاء بغير حساب. هن مشفعات، مابينهن وبين الله حجاب، فقلن: يارب! تهبطنا إلى أرضك وإلى من يعصيك؟ قال الله: بي حلفت لايقرؤهن أحد من عبادي دبر كل صلاة إلا جعلت الجنة مأواه على ماكان فيه، وإلا أسكنته حظيرة الفردوس، وإلا قضيت له كل يوم سبعين حاجة أدناها المعفرة.
Sesungguhnya surah al-Fatihah, ayat al-Kursi dan dua ayat dari surah Ali-Imran (ayat 18-19 , dengan ayat ke-26) adalah ayat-ayat yang memberi syafaat yang tidak ada penghalang antara ayat-ayat itu dengan Allah. Ayat-ayat itu berkata: Wahai Tuhan, Engkau turunkan kami ke bumi-Mu dan di tengah orang-orang yang bermaksiat kepada-Mu? Allah berfirman: Dengan Dzat-Ku Aku bersumpah, tidaklah seorang dari hamba-Ku yang membaca ayat-ayat tadi pada setiap selesai solat kecuali pastilah Aku jadikan baginya syurga tempat kembalinya, atau Aku tempatkan di dalam syurga Firdaus atau Aku penuhi baginya setiap hari 70 keperluan dan yang paling rendah adalah keampunan. Hadis ini adalah hadis palsu. Sumber kepalsuan hadis ini adalah terletak kepada salah seorang rawinya yang bernama al-Harits bin Umair iaitu seorang rawi yang sangat dikenali di sisi ahli hadis sebagai pemalsu hadis. Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (1420H) menerusi kitabnya Silsilah al-Ahadith adh-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah berkata ketika mengomentar hadis di atas: Riwayat ini maudhu’ (palsu). Telah diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab al-Majruhin 1/218, Ibnu Sunni (no. 322), dan lainnya dengan sanad dari Muhammad bin Zanbur dari Harits bin Umair dari Ja’far bin Muhammad dari ayahnya dari datuknya dari Abi bin Abi Thalib radhiallahu’anh. Ibnu Hibban mengatakan: Riwayat ini maudhu’ dan tidak ada sumber aslinya yang marfu’ sampai kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Selain itu al-Harits sangat dikenal sebagai pemalsu riwayat (hadis) dengan menisbatkan (hadis palsu ini) kepada para perawi kuat dan tsiqah (terpecaya). Menurut saya (Syeikh al-Albani) banyak perawi yang menyangka bahawa hadis tersebut adalah sahih. Bahkan termasuk Imam al-Nasa’i sendiri salah satu perawi yang terkecoh hingga mengeluarkan hadis ini dalam kitabnya. Pada prinsipnya dari segi sanad hadis ini termasuk (dalam kategori hadis) palsu, yang disebabkan adanya al-Harits yang dikenal oleh kalangan pakar hadis sebagai pemalsu. - Lihat Silsilah al-Ahadith adh-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah wa Atsaruha as-Sayyi’ fi al-Ummah, jld. 2, ms. 173-175, no. 698. Sementara itu, Ibnu al-Jauzi rahimahullah setelah membawakan hadis di atas berkata di dalam kitabnya, al-Maudhu'at, jilid 1, ms. 245:
Saya telah hadis mendengar ini sejak kecil. Saya mengamalkannya selama 30 tahun, kerana aku menyangka bahawa para perawinya kuat. Ketika saya mengetahui hadis ini maudhu’ (palsu), saya pun meninggalkannya. Seorang berkata kepadaku: Bukankah perbuatan ini baik? Saya menjawab: Kebaikan adalah apa yang telah disyariatkan. Apabila kita mengetahui hal ini merupakan kebohongan, maka ia tidak termasuk yang disyariatkan. Perlu ditegaskan bahawa yang dikatakan bid’ah di sini bukanlah terletak pada ayat-ayat tersebut kerana membacanya adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan oleh agama. Ia hanya dianggap sebagai bid’ah apabila amalan membaca tersebut dikhususkan pada setiap kali selesainya mengerjakan ibadah solat fardhu. Ini bercanggah dengan al-Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang tidak pernah sama sekali menetapkan amalan tersebut sebagai salah satu amalan khusus setiap kali selesainya baginda mengerjakan ibadat solat-solat fardhu. Wallahu a’lam"
Jawapan :
Hadith ini telah menjadi perselisihan di kalangan ulama' hadith mengenai kesahihannya mengenai status al harith bin Umair. Wahhabi menyatakan amalan wirid ini sebagai bid'ah sesat, Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam tak pernah buat - hadith popular kaedah Wahhabi mengeluarkan hukum ini sudah tentunya menempatkan pelakunya ke dalam neraka. - Mudah bukan ?
Bagi ulamak Pondok mereka masih menyatakan Hadith ini masih boleh diamalkan kerana Imam Jalauddin Al Sayuthi dan Al Hafiz Ibnu hajar al asqolani sendiri telah membela perawi hadith ini iaitu Al Harith bin 'Umair yang dipertikaikan itu. Berkata al hafiz Ibn Hajar al asqalani di dalam kitabnya Tahziibu al Tahzib - Jilid 2, m/s 132 : Maksudnya : Apa yang jelas dan nyata bagiku sesungguhnya Hadith ini (kalaupun ianya dihukumkan dhoief sekalipun) maka sebab yang menjadikannya dhoief tiada kaitan dengan al Harith bin Umar.
Di dalam kitabnya al Taqrib - Jilid 1, m/s 147 pula beliau berkata maksudnya :
Al Harith bin 'Umair ini telah dihukumkan thiqah oleh kebanyakan ulamak-ulamak hadith. Tetapi di dalam setengah riwayatnya terdapat beberapa perkara yang dipertikaikan oleh Ulama' hadith mengenai kesahihannya. Justeru itulah Imam al Azdi, Ibn Hibban dan lainnya telah menghukumkan dirinya dhoief. Boleh jadi ini berlaku kerana kekuatan hafalannya berubah menjadi lemah di akhir hidupnya.
Ulasan Imam Jalaluddin al sayuthi - Jami' al Ahadith Jil 31, m/s 111, Kanzul Ummal Jilid 2, m/s 679 mengenai hadith ini , katanya yang bermaksud :
al Hafiz Abu al Fadhl al Iraqi (Guru kepada al hafiz Ibn hajar al Asqolani) telah ditanya berkenaan Hadith ini jawabnya : "Semua perawi dalam sanad hadith ini telah dihukumkan thiqah oleh Imam-imam Hadith yang terdahulu. Tetapi setengah mereka ada yang dikritik oleh Ulamak-ulamak hadith yang terkemudian. Perawi yang dipertikaikan di dalam sanad hadith ini ialah Muhammad bin Zambur al Makkiy (info : Sheikh Albani menyatakan : Tiada ada walaupun seorang Imam hadith yang mempertikaikan kesahihan Muhammad bin Zambur) dan al Harith bin 'Umair. Kedua-dua mereka telah dihukumkan thiqah oleh segolongan Imam-imam hadith. Tetapi dalam masa yang sama Imam Ibnu Khuzaimah telah menghukumkan Muhammad bin Zambur sebagai dhoief.Sementara Imam Ibnu Hibban dan al Hakim telah menghukumkan dhoief al Harith bin 'Umair.
Al Hafiz Ibn Hajar al Asqolani pula dalam kitabnya al Amaali telah mengulas mengenai peribadi al Harith bin 'Umair dengan katanya : "Sesungguhnya al Harith, kami tidak pernah menemui walaupun satu kritikan terhadapnya daripada Imam-imam Hadith muktabar yang terdahulu. Bahkan Imam Hammad bin Zaid telah memujinya sedangkan beliau sendiri lebih tua daripada al Harith bin 'Umair.
Al Harith bin 'Umair juga telah dihukumkan thiqah oleh para pengkritik hadith seperti Ibnu Ma'in, abu Harim al Raazi, al Nasa'ie, Ibnu Hibban dan Imam Bukhari sendiri, di mana beliau telah mengeluarkan hadith riwayat al Harith bin 'Umair dalam bentuk ta'liq. Selain itu al Harith juga telah mendapat pengiktirafan thiqah daripada Ashabu al Sunan.
Cuma (di tempat yang lain pula) Imam Ibnu Hibban telah memasukkannya ke dalam perawi yang dihukumkan lemah riwayatnya dan beliau telah bersungguh-sungguh menceritakan kelemahannya. Adapaun perawi-perawi sebelum al Harith, maka tidak perlu dipertikaikan lagi kebenaran mereka kerana ketinggian darjat mereka di sisi Imam-imam Hadith.
Kata Ibnu Hajar al Asqolani lagi : "Sementara Ibnu al Jauzi pula terlalu memperlekehkan kewibawaan al Harith sehingga beliau telah memasukkan hadith ini ke dalam kumpulan-kumpulan hadith-hadith maudhu'. Boleh jadi beliau bersikap sedemikian kerana tidak dapat menerima ganjaran pahala yang terlalu besar yang disebutkan di dalam hadith tersebut. Kalau bukan kerana penyebutan pahala tersebut. maka kedudukan dan status semua perawinya sebagaimana yang kamu semua dapat lihat (adalah thiqah dan tidak perlu dipertikaikan lagi)."
Berdasarkan kepada kenyataan al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani ini, maka kami rasa sudah memadai untuk kami beramal dengan hadith al Harith. Manakala ulasan Syeikh Albani mengenai hadith ini pula tidak begitu adil, tidak cermat kerana beliau tidak menyebut dengan jelas ulasan, pembelaan dan pengiktirafan yang telah diberikan oleh al hafiz Ibnu Hajar al Asqolani dan Al Hafiz al Iraqi terhadap al Harith. Wallahua'lam.
Personal thoughts:
Tidak disuruh dan tidak dilarang.
Hukum asal segala sesuatu: boleh.
Mengapa tidak? Membacanya mendapat pahala. Sama ada dikhususkan atau tidak, membaca surah di dalam al-Quran sememangnya mendapat pahala... bagaimana logiknya membaca al-Quran tidak kira surah apa sekalipun boleh menyebabkan masuk neraka?
Kita kembali kepada hukum asal: boleh dan mendapat pahala kerana memuji Allah, mengagungkan Allah, mengingati Allah dan bergantung harap denganNya.
1 comment:
Hukum Asal Segala Sesuatu Adalah Boleh, Hukum Asal Ibadah Adalah HARAM.
Beberapa orang ada yang mencampurkan ibadah dengan sesuatu yang lain. Mereka melakukan bid’ah dengan menggunakan kaidah: Hukum asal segala sesuatu adalah boleh. Padahal, kaidah ini bukanlah kaidah yang digunakan dalam masalah ibadah.
Kaidah yang menyebutkan bahwa hukum asal segala sesuatu adalah boleh merupakan kaidah yang digunakan untuk hal – hal yang bersifat duniawi. Atau segala hal yang dapat memberikan manfaat di dalamnya. Jadi, segala sesuatu selain ibadah adalah boleh sampai ada dalil yang mengharamkan atau melarangnya.
Namun, hal ini tidak sama dengan hal – hal yang berkaitan dengan ibadah. Ketika bicara tentang ibadah, maka kita bicara soal wahyu. Jadi, hukum asal ibadah adalah haram atau terlarang. Sampai dengan ada dalil yang membolehkan atau mewajibkannya.
Manusia tidak diizinkan untuk membuat cara ibadah sesuai dengan keinginan atau idenya sendiri. Jika hal tersebut dilakukan, maka ibadahnya akan tertolak dan bahkan sesat. Sebab hanya Allah yang boleh menentukan bagaimana cara ibadah untuk mendekatkan diri kepada-Nya.
Ibadah Ditentukan Sesuai Syariat
Ibadah adalah bentuk penghambaan kepada Allah. Karena itu, hanya Allah saja yang berhak menentukan, meridhai, dan juga mensyariatkan bagaimana ibadah seharusnya dilakukan. Menciptakan hal baru dalam ibadah yang tidak pernah dicontohkan oleh Nabi Muhammad merupakan suatu bentuk bid’ah. Dan hal tersebut termasuk dosa besar.
Di dalam ibadah, terdapat ibadah wajib dan ibadah sunnah. Seorang muslim semestinya melaksanakan ibadah sunnah dan merasa cukup atasnya. Artinya, seorang muslim tidak boleh mencari – cari bentuk ibadah baru. Hal ini juga pernah disebutkan dalam sebuah hadits:
Sufyan bin Uyainah berkata,
“Saya mendengar bahwa seseorang datang kepada Malik bin Anas Radhiyallahu ‘anhu lalu berkata, “Wahai Abu Abdullah (nama panggilan Malik), dari mana saya ihram?” Ia berkata, “Dari Dzulhulaifah, tempat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ihram” Ia berkata, “Saya ingin ihram dari masjid dari samping makam (nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam),“ Ia berkata, “Jangan kamu lakukan. Sebab saya mengkhawatirkan engkau tertimpa fitnah”, Ia berkata, “Fitnah apakah dalam hal ini? Karena aku hanya menambahkan beberapa mil saja!” Ia berkata, “Fitnah manakah yang lebih besar daripada kamu melihat bahwa kamu mendahului keutamaan yang ditinggalkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam? Sesungguhnya Allah berfirman:
Maka hendaklah orang –orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa adzab yang pedih
(An-Nur: 63)
Pendapat Imam Ibnu Katsir
Contoh lain yang menguatkan kaidah ini adalah pendapat Imam Ibnu Katsir yang menjelaskan tentang menghadiahkan bacaan Quran kepada orang yang telah meninggal. Imam Ibnu Katsir meyakini bahwa pahala tersebut tidak akan sampai, dan menjelaskannya sebagai berikut:
“Sebab demikian itu bukan amal mereka dan juga bukan usaha mereka. Karena itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak memerintahkan kepada umatnya, tidak menganjurkannya dan tidak membimbing kepadanya dengan dalil maupun dengan isyarat. Dan tidak terdapat dalil tentang hal itu dari seorang sahabatpun, semoga Allah meridhai mereka. Jika hal itu baik niscaya mereka mendahului kita dengan amalan itu. Sesungguhnya masalah ibadah hanya terbatas pada nash dan tidak berlaku qiyas maupun pendapat”.
Itulah beberapa perkara dan alasan mengapa tidak boleh membuat hal baru di dalam ibadah. Dengan memahami bahwa hukum asal ibadah adalah haram, kecuali apa yang disyariatkan, maka kita bisa lebih berhati – hati dan tidak melakukan sesuatu hanya berdasarkan ikut – ikutan saja.
Post a Comment