Followers

Saturday, 16 October 2010

Mahalkah Harga Sebuah Kereta dari Harga Seorang Anak ?


Ingatlah.... marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan....kepada
semua parents, sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran......

Sebagai ayah atau ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami kita memukul,
especially pada anak2 yg masih kecil dan taktau apa2 lagi tu.
 
Mengajar dgn cara memukul bukanlah cara terbaik, mungkin dah sampai masa untuk
badan2 kebajikan educate orang2 kita untuk praktikkan konsep 'time out'
jika anak2 buat salah.

IKUTILAH SEBUAH CERITA BEHUBUNG KAIT DENGAN KERETA DAN
 ANAK
 
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan
anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian
di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar,
tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai diatas
buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya,bunga kertas dan
lain-lain di laman rumahnya.
 
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak
kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan.
Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak
ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ketempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh
 sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu
dan ayahnya, gambarnya sendiri,lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut
imaginasinya.Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru
setahun dibeli dengan bayaran ansuran,berbatik-batik. Si bapa yang belum pun
masuk ke rumah terus menjerit...

'Siapa punya kerja ni?'

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga
beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis
tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan..

'Tak tahu... !' 

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si
isteri pula.
 
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata...

'Ita buat ayahhh.. cantik kan
 !' katanya menerkam ayahnya ingin
bermanja seperti selalu. 

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya,
terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti
apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak
tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan
diri, antara setuju dan takut pada suami dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus
memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan
kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak
kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si
anak kecil calar balar.
 
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia
menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan
 sebaik
calar-balar itu terkena air. Sipembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil
itu.
 
Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, pembantu rumah mengadu kedua-dua belah tangan si anak
bengkak. .. 

'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di
bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
 
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya, sementara si ibu
juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas.

'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila
dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan
 Ita
terlalu panas.

'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya
itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia
dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak
itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke
bawah' kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa
diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si
anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar
menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si
 anak
menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut
putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia
mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air
mata berkata...

'Abah... Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau
jahat. Ita sayang abah... sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si
ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah,
sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi!
Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta
lagi,' katanya  bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.Meraung dia sekuat
hati namun takdir yang
 sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

No comments: