Followers

Monday, 14 April 2014

Apa yang boleh dimakan di 2 minggu pertama.

Boleh Makan:

Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je.
Pizza? Makan topping sahaja.

Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

No comments: