Followers

Saturday, 25 February 2012

Salah satu kaedah pelaburan emas yang melibatkan ar Rahnu dan Dinar


Teknik rahsia kumpul emas-rempit

Anda sebenarnya boleh menjalanjan pernaigaan Emas secara berseorangan tanpa mencari pelanggan, namun ianya tetap menguntungkan.Di sini saya akan tunjukkan anda cara bagaimana dengan menggunakan konsep gadaian ar-rahnu (agrobank) boleh menambahkan keuntungan anda.

Andai kata anda membeli 1 Dinar Emas sebanyak 10 keping dengan nilai semasa (RM640 bagi setiap keping @ RM6400)

Maklumat tentang pajakan ar-rahnu AgroBank
- Nilai pajakan = maksimum 70%
- Kadar upah simpan = 75 sen bagi setiap nilai simpanan
- Tempoh masa = 6 bulan + 6 bulan

Langkah 1

Gadai 10 Dinar Emas @ Gadaian 1
Nilai Emas semasa = RM6400
Pinjaman maksimum @ 70% = 6400 X 70/100 = RM4480 (dapat duit dari ar-rahnu)

Langkah 2
Dengan jumlah wang yang diperolehi RM4480 boleh beli 7 Dinar lagi dengan harga RM640 1 Dinar maka anda beli lagi 7 Dinar

Gadai 7 Dimar Emas @ Gadaian 2
Nilai Emas Semasa = RM4480
Pinjaman maksimum @ 70% = 4480 X 70/100 = RM3136 (dapat duit dari ar-rahnu)

Langkah 3
Dengan jumlah wang yang diperolehi RM3136 (anda tambah RM64) boleh beli 5 Dinar lagi dengan harga RM640 maka anda beli lagi 5 Dinar

p/s : Jangan gadai 5 Dinar ini ( simpan sendiri)

Jumlah Dinar yang telah dibeli = 22 Dinar

Kiraan kadar upah simpan

Gadaian 1
Nilai gadaian pertama ialah RM6400, kadar upah simpan ialah RM6400 X 0.75/100 = RM48 sebulan @ RM288 – 6 bulan

Gadaian 2
Nilai gadaian kedua ialah RM4480, kadar upah simpan ialah RM4480 X 0.75/100 = RM33.60 sebulan @ RM201.60 – 6 bulan

Jumlah upah simpan selama 1 tahun bagi kedua-dua gadaian = (RM48 X 12) + (RM33.60 X 12) = RM576 @ RM979.20* Bayaran upah simpan perlu dibayar setiap 6 bulan

Proses Penebusan Semula Dinar Setelah 1 Tahun Pajakan

Sebagaimana yang kita ketahui nilai kenaikkan emas setiap tahun minimum = 28%
Maka, harga emas bagi 1 Dinar setelah 1 tahun – RM640 X 28% = RM819.20- Jual kesemua 5 Dinar ditangan anda – 5 x RM819.20 @ RM4096
- Gunakan wang hasil jualan 5 dinar untuk bayaran penebusan gadaian anda, dengan nilai di atas anda dapat menebus sebanyak 6 dinar.

Baki hutang pinjaman anda ialah RM7616 – RM4096 = RM3520

- Bagi menyelesaikan baki pinjaman RM3520 anda jual lagi 5 dinar daripada 6 yang telah ditebus.
- 5 x RM819.20 @ RM4096 – RM3520 = RM576 ( baki ditangan anda setelah bayar kepada ar-rahnu)

Sekarang anda telah membayar kesemua nilai pinjaman anda cuba kita kira nilai Dinar Emas yang ada ditangan anda;

Jumlah Dinar Emas yang tinggal = 11 Dinar x RM819.20 @ RM9011

Berapa untung anda ?

Nilai Dinar semasa – Modal anda ( modal beli 10 dinar + upah simpan + topup RM56 semasa beli 5 dinar terakhir)
RM9011 – RM6400 -RM979.20 – RM64 = RM1567.80 + ( RM576 - baki dari jualan 5 dinar yang ke 2)

Untung Bersih = RM2143.80


Perbandingan dengan ASB

Dengan jumlah wang yang sama RM6400 sekiranya anda simpan di ASB (dividen dan bonus ) 8% setahun

RM6400 X 8/100 = RM512

Kesimpulannya – ILMU + TINDAKAN = KEUNTINGAN

Tip dari saya:
Apa yang saya tunjukkan ini adalah konsep menjana keuntungan “Paling Malas”, jika anda benar-benar bijak anda dapat menjana keuntungan lebih tinggi.Bagaimana caranya? – Bayar saja pinjaman anda setiap bulan dengan kadar yang anda mampu sekurang-kurangnya anda dapat menyelamatkan beberapa Dinar dari terjual yang mana contoh di atas anda telah menjual sebanyak 10 Dinar.

No comments: