Jangan kamu pandang dosa kamu dari sudut kamu sebagai tuhan, tetapi pandang dosa kamu dengan pandangan seorang hamba Allah SWT, kasihanilah mereka yang Allah SWT timpakan bala, pujilah Allah SWT yang telah mengurniakan kamu segala keafiatan.
Jangan kamu hukum seseorang sebagai ahli neraka atau ahli syurga. Jangan kamu membanggakan diri kepada ahli maksiat tetapi berdoalah kepada Allah SWT agar mereka mendapat keampunan Allah SWT serta hidayah Allah SWT.
.
Seorang sahabat telah melakukan maksiat di Mekah dan mendapat penghinaan dari orang ramai serta semua orang beranggapan bahawa dosanya tidak akan mendapat keampunan daripada Allah SWT.
Berbekal dengan dosa dan penghinaan tersebut sahabat berkenaan telah bertaubat dan memulakan umrah di Masjid Tanaem dan akhirnya meninggal dunia di sisi Kaabah Al-Musyarrafah selepas selesai menunaikan tawaf..
Rujukan :
http://www.drchamsipasha.com/ar/index.php?art=show_articles&id=170
No comments:
Post a Comment