Followers

Showing posts with label Peribadi Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Peribadi Rasulullah. Show all posts

Thursday, 1 December 2011

4 Perkara yang wajib orang mukmin selesaikan sebelum tidur

from Peribadirasulullah's Blog by peribadirasulullah

1- Jangan kamu tidur jika kamu memiliki musuh kecuali setelah kamu mendapat keredhaan atau dihalalkan kerana kamu akan dituntut pada Akhirat nanti, apabila kamu tidur.

2- Jangan kamu tidur selagi kami belum menyelesaikan kewajipan kamu terhadap Allah SWT.

3- Jangan kamu tidur selagi kami merasakan kamu berdosa dan belum bertaubat terhadap dosa tersebut, sekira kamu mati kamu akan terus menanggung dosa tersebut.

4- Jangan kamu tidur selagi kami belum menuliskan wasiat kerana berkemungkinan kamu akan mati tanpa meninggalkan wasiat.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 879.

Monday, 28 November 2011

3 Golongan yang Allah SWT berbangga dengan mereka

from Peribadirasulullah's Blog by peribadirasulullah

1- Mereka yang berada di hutan apabila mendengar azan dan Iqamah lalu dia solat , maka Allah SWT akan berkata kepadanya ” Lihatlah hambaKu solat sendirian tanpa dilihat oleh seseorang “. Maka Allah SWT menurunkan kepadanya 70 ribu Para Malaikat untuk menjadi makmum kepadanya.

2- Mereka yang bangun di malam hari solat sendirian sehingga dia tertidur dalam sujud. Maka Allah SWT berkata kepada Para Malaikat ” Lihatlah hambaKu rohnya padaKu dan badannya sujud padaKu “.

3- Mereka yang berada di medan perang, maka dia tetap tegak berdiri sehingga Syahid.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S: 841.

Nota:
عن سمره بن جندب (رضى الله عنه) قال:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (احب الكلام الى الله تعالى اربع، لا يضرك بايهن بدأت: سبحان الله، والحمدلله، ولا إله إلا الله، والله أكبر )
صحيح مسلم