Followers

Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Sunday, 9 April 2017

Laut ini...

Seorang pemuda  kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai...
*LAUT INI PENCURI...*

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai...
*LAUT INI BAIK HATI...*

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai,
*LAUT INI PEMBUNUH...*

Tak lama datanglah Seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai..
*LAUT INI PENUH BERKAT...*

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu !!!

Maka ...
*JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.*

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

*Kita Bukan Siapa Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa*

Eratkan silaturahim,
Walau sekadar berdoa untuk semua sahabatmu.

Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh..
Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh..

Dalam kita melakukan “ kebaikan ”, kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama..

Tapi Ketika kita melakukan “ keburukan ”, tidak ada kebaikan turut ikut serta..

Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.

Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari bertapa berharganya nikmat kesihatan.Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari bertapa besarnya nikmat kebebasan.Jika kita ke kubur, kita akan menyedari bertapa berharganya nikmat hidup.Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh. Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya.Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR. Sentiasalah ingat mati, seperti esok kita akan mati.

Wednesday, 5 April 2017

MATEMATIK VERSI BARU...

Entah siapa yg membuat rumus seperti ini, tp ini menakjubkan

*MATEMATIK VERSI BARU...*

Jika:
A = 1%
B = 2%
C = 3%
D = 4%
E = 5%
F = 6%
G = 7%
H = 8%
I  = 9%
J  = 10%
K = 11%
L = 12%
M = 13%
N  = 14%
O  = 15%
P = 16%
Q = 17%
R = 18%
S =  19%
T =  20%
U = 21%
V = 22%
W = 23%
X = 24%
Y = 25%
Z = 26%

apakah yg membuat kesuksesan/ keberhasilan hidup menjadi 100%.......???:

*H+A+R+D+W+O+R+K* (Kerja Keras) : 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

*K+N+O+W+L+E+D+G+E* (Pengetahuan) :
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

*L+O+V+E* (Cinta) :
12+15+22+5 = 54%

*L+U+C+K* (Nasib) :
12+21+3+11 = 47%

Tidak ada yang jadi 100%.
Apa yang membuatnya jadi 100%..???

Adakah money..?

*M+O+N+E+Y* =
13+15+14+5+25 = 72%    NO..!!!

Leadership..?
*L+E+A+D+E+R+S+H+I+P* =
12+5+1+4+5+18+19+8+9+16 = 97%  NO...!!!

Ternyata apa yang membuat menjadi 100% adalah :

Coba lihat yang ini...

*S+E+D+E+K+A+H+J+A+R+I+A+H* 19+5+4+5+11+1+8+10+1+18+9+1+8 = 100% 👍

( nilai saham akhirat kita. )

*_KEBETULAN atau TIDAK...?  tapi itulah  MATEMATIKA_*

Semangat menjemput rezeki  , jangan lupa SEDEKAH yaaa... 😊😊

Saturday, 1 April 2017

Istilah negatif menjadi motivasi

Jika Anda *FAIL*(gagal) jangan putus asa, sebab *FAIL* bermaksud *First Attempt In Learning* (Langkah Pertama Dlm Pembelajaran)

*END* (Tamat) bukanlah Pengakhiran malah *END* bermaksud *Effort Never Die* (Usaha Tidak Sesekali Mati/Berhenti)

Jika Anda dapat *NO* (Tidak) sebagai jawapan, ingatlah *NO* bermakna *Next Opportunity* (Peluang Seterusnya)

Dan jika anda dapat mengharungi *NO*..maka anda akan dapat *YES* (Ya) yang bermaksud *YOUR EFFORT SUCCEED* (Usaha Anda Berjaya)

**Pegang dan sebati ayat ini, pasti hebat menjalani kehidupan😄👍

Friday, 31 March 2017

Kisah dan tauladan: mengusik

KISAH DAN TAULADAN

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah buruk dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yang usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun?

Dia datang, pasti terkejut...mari kita lihat bagaimana dia terkejut dan cemas!"

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yang susah.

Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu?

Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana reaksi tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan untuk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa ketika, datanglah seorang lelaki, bajunya basah dengan keringat, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya.

Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya.

Dia cuba keluarkan dan bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.

Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yang lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis.

Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku...

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat.

Air matanya jatuh berderai tanpa dapat dibendung lagi..

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yang kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Hari ini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku.

Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

----- Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil ---- "

Kredit to: Ust Nasir

Thursday, 30 March 2017

TIPS MENJAGA PERSAHABATAN DI GROUP !!!

1. Fahami bahawa kita memiliki perbezaan iaitu ...
☆ Pendidikan
☆ Hobi
☆ Sifat
☆ Latar Belakang
☆ Kedewasaan Rohani
☆ Pola Fikir dll

2. Dari perbezaan tersebut, harap maklum jika ada ahli yg ...
☆ Suka Humor
☆ Serius dan Santai
☆ Suka Ceramah Agama
☆ Suka Menasihat
☆ Suka Mengkritik
☆ Suka Cerita Politik
☆ Suka Pos Artikel
☆ Suka Loyar Buruk

3. Keaktifan posting para anggota ...
☆ Sangat aktif
☆ Sederhana aktif
☆ Kadang-kadang je aktif
☆ Tak aktif tapi suka baca
☆ Mmg malas buka watsapp
☆ Jadi ahli tapi tak aktif

4. Jgn mudah terpengaruh dgn isi posting sehingga kita jadi ...
☆ Beremosi
☆ Tersinggung
☆ Tak mau kalah
☆ Percaya begitu saja

5. Jika ada posting yg isinya  keliru, kita perlu luruskan ... maka jgn menambah gaduh atau mengeruhkan suasana. Pada yg posting tak betul jika diluruskan jgn cepat tersinggung

6. Jika ada posting yg kurang berkenan di hati kita, misalnya...
☆ humor
☆ gambar denyut-denyut
☆ video gerak-gerak
☆ citer seks
☆ artikel terlalu panjang atau berjela-hela
☆ Biarkan aje atau delete

Jadi ... Fokus saja pada satu tujuan iaitu menjalin tali silaturahim dan persaudaraan. Semoga ada manfaatnya bagi merealisasikan indahnya kekeluargaan / persahabatan agar terus berkekalan !!! Buat keluarga 2014...

Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China..

Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China..
  *Wilson Jack Ma*
*Pengasas Alibaba*
 
Jack Ma berkata:

"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap. 

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud. 

Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.

Bila smartphone guna 4G
(akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila wechat dan whatsapp
(mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan,  mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma, "Apakah Rahsia kejayaan kamu?" Dia berkata *"Sangat mudah... Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."*

Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu Semai dan Bagaimana Anda Guna *MASA* yang Ada.

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA. 

Kalau kamu luangkan masa utk *belajar*, kamu mungkin beroleh *kebijaksanaan*.

Kalau kamu luangkan masa utk *membaca buku* untuk majukan diri, kamu akan beroleh *Peningkatan Diri*.

Kalau kamu habiskan masa utk *minum*, kamu mungkin menjadi seorang *pemabuk*.

Kalau kamu habiskan masa *mengomplen*, kamu akan menjadi seorang yang *suka menyalahkan*.

Kalau kamu luangkan masa untuk *mencantikkan diri* kamu, kamu mungkin menjadi seorang gadis yang *cantik*/lelaki yg *handsome*. 

Kalau kamu luangkan masa untuk *kekal sihat*, kamu akan nikmati *kehidupan sihat yang baik*. 

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang *suka marah-marah*, kamu mungkin menjadi orang yang *tidak disukai orang*.

*Beza* antara *Orang yang Berjaya* dan *Tidak* ialah *Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan MASA*.

Tuesday, 28 March 2017

SETIAP MANUSIA PERLUKAN BIMBINGAN

Semua peninju profesional memiliki jurulatih.
Bahkan, petinju legenda sehebat Muhammad Ali sekali pun juga memiliki jurulatih.
Yaitu Angelo Dundee yang membantu ALI menjadi Juara dunia sebanyak 3 kali.

Padahal jika mereka berdua beradu bertanding, sangat jelas Angelo Dundee tidak mungkin akan menang.

Mungkin kita tertanya tanya, mengapa org sehebat Muhammad Ali masih memerlukan JURULATIH kalau sudah JELAS dia pasti MENANG melawan jurulatihnya?

KETAHUILAH...
Bahawa Muhammad Ali  perlukan jurulatih bukan kerana jurulatihnya lebih hebat tapi kerana dia memerlukan seseorang untuk melihat hal-hal yang "TIDAK DAPAT DIA LIHAT SENDIRI"

Hal yang tidak dapat kita lihat dengan mata sendiri itu yang disebut : "BLIND SPOT" atau "TITIK BUTA".

Kita hanya boleh melihat "BLIND SPOT" dari bantuan orang lain.

Dalam hidup, lebih-lebih lagi dalam perjalanan kerohanian kita menuju Allah, kita perlukan seseorang untuk mengawasi kehidupan dan pengembaraan hati kita, sekaligus untuk mengingatkan kita seandainya keutamaan hidup kita mulai keluar dari landasan.

Kita perlukan orang lain yang :
×. MENASIHATI
×. MENGINGATKAN
×. MENEGUR

Jika kita mulai melakukan sesuatu kesilapan yang mungkin tidak kita sedari.

Kita perlukan KERENDAHAN HATI untuk :
×. Menerima KRITIKAN
×. Menerima NASIHAT
×. Menerima TEGURAN
x. Menerima BIMBINGAN

Itulah yang  MENYELAMATKAN kita terpesong dari landasan matlamat..

Kita bukan manusia SEMPURNA. Jadi, biarkan orang lain menjadi "MATA" kita di area 'BLIND SPOT' kita, sehingga kita boleh MELIHAT apa yang tidak boleh kita LIHAT dengan 'PANDANGAN' kita SENDIRI.

Mari kita saling nasihat- menasihati dalam KEBAIKAN dan KESABARAN.

Sunday, 26 March 2017

Kadangkala

Kadangkala,
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.

Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.

Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadanya.

Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.

Subhanallah,
Nikmat Allah itu luas.

Kadangkala,
Tidak terjangkau dek akal fikir,
Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya,
Lalu tinggal kita yang harus memilih,
Mahu menjadi orang biasa-biasa,
Atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa,
Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya.

Tuesday, 8 September 2015

In control

There are things you can control and things you cannot control. If you focus too heavily on those things you cannot control, it can lead to an overwhelming amount of frustration and anxiety.

Choose instead to focus your thoughts and efforts on those things upon which you can have a positive influence. There are plenty of those things, and by giving your energy to them you can quickly and significantly improve the quality of your life.

Stop worrying so much about what others are doing wrong. Instead, put your time and effort into discovering what you can do right, what you can do well, and in using your unique abilities to create excellence.

Whenever you feel yourself getting anxious or frustrated by something that's beyond your control, stop and take a fresh look around. There's something you can do, right then and there, that will make a positive difference in the world.

The more you make use of the positive power that you have, the stronger that power will grow. There is always something you can do, and it always beats complaining or worrying about those things you cannot do.

Do what you can, when you can, where you are, with what you have. You'll find that it can make an enormous difference.

-- Ralph Marston

Thursday, 18 June 2015

You Know You're at the Top When... 12.

You Know You're at the Top When...

12.

You recognize, confess, develop, and use your God-given physical, mental, and spiritual abilities to the glory of God and for the benefit of mankind.

Friday, 26 September 2014

Smiles and laughter

If you cannot find your smiles and laughter, you should count your blessings because Allah gives them to you when you least expects it. Because when he gives, you can't even stop smiling because of all the joy that has filled your heart.


Sunday, 14 September 2014

Liked

"If your goal is to be liked by everyone it will be difficult to lead anyone."

"Dare to Dream Work to Win" by Dr. Tom Barrett.


Thursday, 30 January 2014

Popular Motivating Story

When I was a kid, Mum liked to make food for dinner & I remember one night in particular when she had made dinner after a long, hard day at work.

On that evening, Mum placed a plate of bread, jam and extremely burned biscuits in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed! Yet, all my dad did was reach for his biscuit, smiled at my Mum and asked me how my day was at school. I don't remember what I told him that night, but I do remember hearing my Mum apologize to my dad for burning the biscuits.

And I'll never forget what he said: "Honey, I love burned biscuits." 

Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his biscuits burned. He wrapped me in his arms and said, "Your mum had a long hard day at work today and she's really tired. And besides... A burnt biscuit never hurt anyone but harsh words do!"

You know, life is full of imperfect things...and imperfect people. I'm not the best. What I've learned over the years is that learning to accept each others faults and choosing to celebrate each others differences, is one of the most important keys to creating a healthy, growing and lasting relationship.

So...please pass me a biscuit. And yes, the burnt one will do just fine!

And please pass this along to someone who has enriched your life...I just did!

Life is too short to wake up with regrets... Love the people who treat you right and have compassion for the ones who don't.

ENJOY LIFE NOW - IT HAS AN EXPIRY DATE"

Sunday, 15 December 2013

Masih mau kerja gaji?

Tuesday, 5 July 2011

Ramly Food now a billion ringgit business

Kuala Lumpur: What started out as a humble beginning, making beef burger patties from home and selling them to friends, has turned Ramly Food Processing Sdn Bhd into a billion ringgit business.

Read more: Ramly Food now a billion ringgit business http://www.btimes.com.my/articles/20110704235204/Article/#ixzz1RBwhYEZU



Ramly Burger has been a successful homegrown brand in Malaysia over the last three decades. Its sales have breached the RM1 billion mark and it is aiming to double that to RM2 billion by 2016. "We plan to export Ramly food products worldwide," said founder and managing director Datuk Ramly Mokni. In the pipeline is the plan to build a bigger manufacturing facility next year at Pulau Indah Halal Park near Port Klang, with an investment of about RM250 million. Ramly Food now owns two processing plants at the Bandar Tun Razak industrial zone in Cheras and the IKS industrial park in Mukim Batu, Kuala Lumpur. The plants collectively produce about 150,000 tonnes of products each day. Ramly Food manufactures beef, chicken, prawn and fish patties as well as frankfurters, cocktail sausages, chicken and beef nuggets, and minced chicken and beef. The company also produces its own sauces like black pepper, chilli and tomato sauce, as well as mayonnaise, bread and butter. Currently, Ramly Food exports its products to Asian countries such as Indonesia, Singapore, Thailand and Indonesia. Exports command about 30 per cent of its revenue. "With the new plant, besides being able to increase production capacity, we also hope to increase our product offerings from 30 to more than 100. By 2016, we see export markets comman-ding at least half of group sales," Ramly said. In 1979, Ramly decided to give up his job as a butcher at a supermarket and began to make burger patties with his wife Datin Shala Siah Abdul Manap from their flat in Lorong Haji Hussein Kuala Lumpur. The husband-and-wife team made the patties manually, mincing meat and adding own blend of spices to the patties, producing about 200 pieces a day. Ramly had a burger stall in Jalan Haji Hussein off Jalan Chow Kit and gained a lot of support from friends who also began their own stalls sourcing patties from Ramly. Production then increased to 2,000 patties a day. He later took a loan from Bank Pembangunan Malaysia Bhd and moved to a shop-house-cum-factory in Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, where Perusahaan Ramly Mokni Sdn Bhd was established in 1984. Ramly Group has recently collaborated with chef Liza Zainol to produce a 16- episode cooking show to be aired on RTM's TV2 every Saturday and Sunday beginning July 16, as part of its promotional activities. and#8212; By Zurinna Raja Adam

Wednesday, 9 March 2011

Primary motivating factors

1. Extra income
2. Financial Freedom
3. Have own business
4. More spare time
5. Personal development
6. Helping others
7. Meeting new people
8. Retirement
9. Leave a legacy

by Alan Pease