Followers

Monday 27 March 2017

INTIPATI KULIAH MAGHRIB OLEH AL FADHIL USTAZ ROSLAN BIN ABDUL HAMID DI SURAU SUMBER ALAM SANCTUARY, KUCHING. (6/2/17)

*السَّلاَمُ َعَلَيْكُمَُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ*

📝 *INTIPATI KULIAH MAGHRIB OLEH AL FADHIL USTAZ ROSLAN  BIN ABDUL HAMID DI SURAU SUMBER ALAM SANCTUARY, KUCHING. (6/2/17).*

🌟 *BEDAH KITAB ZIARAH KE ALAM BARZAKH : Sekilas Tentang Awal Kematian & Larangan Mengharapkan Kematian Ketika Ditimpa Musibah.*

✏ Roh dijadikan serentak, tetapi jasad dijadikan apabila roh ditiup kepada jasad. Maknanya, usia roh adalah sama, cuma jasad berbeza usianya di dunia.

✏ Dunia ini akan sesak sekiranya tiada berlaku kematian.

✏ Kematian menyebabkan jiwa tidak tenang. *Orang yg bijak pandai ialah mereka yang sentiasa ingat kepada kematian.*

✏ Allah beri harapan, jika mati dalam beriman, kita akan diberi syurga. Manusia juga diberi peluang dan harapan untuk melihat wajah Allah swt.

✏ Tidak ramai yg masuk ke syurga hanya 1/10 sahaja. Adakah ini bermakna neraka tidak dapat menampung 9/10 umat manusia ini yang derhaka. Tidak, neraka akan sentiasa bertanya, adakah lagi mereka yang akan dihumban ke dalamku?

✏ Namrud dan Firaun tidak pernah sakit tetapi Namrud mati disebabkan seekor nyamuk dan Firaun mati akibat lemas ditelan laut.

✏ Kenangkan dosa kita yg kita buat sejak dari kita baligh dahulu dalam Solat Taubat dan Tahajud kita dan mohon diampunkan segala dosa. Menangislah.......... menangis memohon agar segala dosa kita diampunkan.

✏ Allah sentiasa uji kita, untuk tengok kesabaran kita. Minyak petrol sentiasa naik setiap bulan adalah ujian. Jangan marah2 kepada orang2 tertentu. Selagi seseorang itu tidak mengajak kepada kejahatan atau kemungkaran, patuhi pemimpin itu. Aceh diranap tetapi selepas itu ia bangkit dan Islam dimartabatkan kini.

✏ Jangan bunuh diri, sebab nerakalah tempat bagi mereka yg bunuh diri.

✏ Kepada orang yang sakit, jangan berdoa untuk minta mati sebab kesakitan itu adalah pahala. Dengan musibah, kita akan kembali ingat kepada Allah swt. 

✏ Anak-anak yang meninggikan suaranya kepada ibu bapanya, dia telah menempah tempat di neraka.

✏ Orang mukmin yang dipanjangkan usia mereka akan memperbanyakkan lagi amalan kebaikan mereka.

✏ Orang yang tengah nazak dan bergantung kpd bekalan oksigen, infakkan hartanya ketika dia masih hidup sebagai amalan sebelum kematiannya. Kalau boleh apabila nak cabut alat sokongan tersebut, biarlah tunggu pada malam atau hari Jumaat semoga dia dapat mati dalam husnul khotimah.

✏ Syaitan hanya sekali tidak sujud dan patuh kepada perintah Allah tetapi ada kalangan manusia sanggup sebanyak 34  kali sehari tidak sujud. Maka yang mana lebih engkar dan jahat?

✏ Sesiapa yg dapat menjawab "Man rabbuka?"(Siapa Tuhanmu?) dan "Man Nabiyyuka?"(Siapa Nabimu?), ketika disoal maka mereka akan selamat di akhirat. Tetapi bukan lidah kita yang menjawab, tapi amalan kita yang jawab. Cuba renungkan amalan kita, adakah kita sentiasa patuh kepada perintah Allah swt dan ikut sunnah Rasulullah saw tanpa gagal? Adakah kita insan yang dapat Rahmatnya di akhirat kelak?

✏Ahli maksiat adalah manusia paling berani di   dunia kerana mereka berani diri mereka dibakar dalam neraka. Mereka yang dedah aurat, berani kerana keberanian rambut kepala mereka dibakar  di neraka. Begitu juga mereka yg amal riba, berani kerana sanggup dihukum dengan amat dahsyat di akhirat kelak.

Sesungguhnya, Mati itu benar, Seksa kubur itu benar,
Alam barzakh itu benar, Siratul mustaqim itu benar,
Syurga itu benar, Neraka itu benar.

Moga bermanfaat.
_ARAR_

☄☄☄☄☄☄☄☄☄

*#Jom Imarah Masjid @ Rai Majlis Ilmu @ Solat Subuh Berjemaah Seramai Jemaah Solat Jumaat@ Ngaji Al Quran#*

Nota: WS disediakan oleh ARAR( Abdul Razak Abdul Rahim), Kuching.
Sila sibarkan.

No comments: