Followers

Friday, 21 October 2011

Perbandingan Wasiat Amanah Raya Dan As-Salihin


Perbandingan Wasiat Amanah Raya dan As-Salihin.

Dalam perkhidmatan Penulisan Wasiat, pihak Amanah Raya serta Syarikat Trustee As-Salihin merupakan pemain utama dalam bidang ini. Perbezaan ketara dalam perkhidmatan mereka ialah:

Amanah Raya Berhad

1. Penulisan wasiat dibuat mengikut standard Amanahraya
2. Kesemua waris-waris perlu datang ke pejabat Amanahraya bagi mendengar bacaan wasiat.
3. Saksi-saksi akan dipanggil ke mahkamah
4. Perlu isytihar harta serta hutang
5. Yuran pengurusan harta pusaka
-4% ke atas RM25,000 yang pertama
-3% ke atas RM250,000 yang berikutnya.
- Yuran di atas tidak termasuk kos pihak ketiga
6. Perkhidmatan selalunya lambat selesai dan memakan masa kerana terlibat dengan urusan Muslim dan Non-Muslim
7. Tidak menyediakan perkhidmatan Hibah dan Deklarasi Harta Sepencarian

Trustee As-Salihin

1. Penulisan wasiat mengikut kehendak pewasiat
2. Waris-waris mendengar bacaan wasiat di kediaman sendiri
3. Saksi tidak perlu ke mahkamah
4. Tidak perlu isytihar harta serta hutang
5. Yuran pengurusan harta pusaka
-2% bagi RM1 juta yang pertama
-0.5% bagi nilai seterusnya
6. Servis yang profesional dan cepat kerana hanya menguruskan harta pusaka Orang Islam SAHAJA
7. Menyediakan perkhidmatan Hibah serta Deklarasi Harta Sepencarian


https://www.facebook.com/HerbalifeIndepentDistributor

3 comments:

Echaelisya Abd.Latif said...

Assalammualaikum...

Tuan/Puan,

Disini saya ingin bertanya kepada pihak Tuan/Puan, saya ada seorng makcik yang mana pada hayatnya beliau tidak mempunyai anak dan suami telah lama pergi menghadap Illahi.Arwah makcik semasa hayatnya berkerja di Johor Bahru dan akan balik ke rumah family saya pada cuti hujung minggu. Persoalan disini, arwah makcik saya ade menyimpan Wang di ASB.. Semasa Saya dan Ibu hendak membuat pengeluaran wang beliau, untuk urusan KORBAN & UPAH HAJI gagal, ini kerana nama bapa arwah makcik dan ibu tidak sama... Atas perkara ini lah kami gagal utk menguruskan wang arwah makcik...

Azrul Syahriman Bin Salleh said...

Untuk ASB, sekiranya tiada melakukan hibbah atau tukar nama sebelum kematian, ASB akan dituntut oleh pemiutang terlebih dahulu spt bank, syarikat2 dan lain2. Untuk mempercepatkan urusan, hendaklah dibuat iklan ke salah satu akhbar utama tempatan.

Zan Korea said...

Tentang perkhidmatan yg cepat dan professional syarikat tertentu, maklumbalas yang saya terima dari ahli keluarga rapat saya yang kehilangan yg tersayang, adalah amat berbeza. Setelah 2 tahun masih menanti. Wallahualam bissawab.